Lomba Menulis
 
 
 
 

Lomba Menulis

 

Hidup semuanya tentang Kasih

Kirim Ke Printer Undang teman ke Ekaristi


Hidup semuanya tentang Kasih

by Mackley Maureen George

Shallom dan Salam Damai Atas Nama Tuhan Kita Yesus Kristus.

Seringkali kita melihat kehidupan kita sendiri, jelas sekali terlalu banyak perkara yang tidak dapat membuat diri kita puas dalam segala hal. Kadangkala kita merasa kehilangan, kekurangan dan ditinggalkan. Manusia ciptaan Allah tidak akan pernah dapat lari dari masalah sungguhpun Tuhan telah mengutus Anak Nya yang tunggal, Yesus Kristus. Dalam setiap saat, manusia hanya memikirkan ‘apa yang akan berlaku di kemudian hari’ dan ‘bilakah masalah seperti itu akan selesai’.. Kita diciptakan bukan untuk membebani hidup kita dengan masalah dan orang lain tetapi ‘bagaimana’ kita mengasihi orang lain. Mungkin sekali kita melihat perbandingan cara dan sifat dengan orang-orang yang tidak seperjalanan dengan kita tetapi itu bukan tembok bagi kita dan mereka kerana Yesus datang bukan untuk membandingkan siapa tinggi atau rendah bahkan Menyelamatkan mereka yang terperangkap dalam kegelapan. Hanya kerana Kasih, Tuhan membutakan matanya untuk melakukan ini. Adalah lebih Indah kita Buta secara lahiriah tetapi Tidak Buta secara Rohani.

Aku memiliki ramai teman namun bukan semua antara mereka sudi menerima diriku sepenuhnya. Pada awalnya, aku merasakan bahawa keadaan seperti itu membebani diriku namun akhirnya aku merasakan bahawa walaupun perkara itu sedikit sebanyak membuat diriku terasing daripada mereka tetapi aku sedar bahawa mereka tetap menerima diriku sebagai teman mereka dan hal itulah aku sanggup menerima mereka. Pada masa mereka tidak berteman, mereka mencari diriku namun apabila mereka mempunyai teman, diriku seperti tidak di pedulikan oleh mereka. Bagi sesetengah orang, hal ini amat menyakitkan hati namun aku tidak pernah merasakan ‘perasaan sakit’ itu. Tuhan jauh lebih mengenali diri kita dari teman rapat dan saudara sedarah kita sendiri. Sungguhpun aku melalui keadaan seperti itu namun aku tidak pernah menyimpan perasaan untuk ‘membalas’ dan aku tetap bersyukur kerana mereka tetap mengenali diriku sebagai teman mereka.

Tuhan Yesus pernah mengatakan..
“Barangsiapa menampar pipimu yang satu, berikanlah juga kepadanya pipimu yang lain dan Barangsiapa yang mengambil JubahMu, biarkan juga ia mengambil bajumu.”Injil Lukas 6 : 29

Firman ini tidak sepatutnya di cerna secara Hurufiah dan dengan maksud yang biasa. Bukan semua,bahkan hampir tidak pernah ada Manusia sekiranya di tampar mahupun di pukul akan mengatakan “Tuhan menyertai Engkau dan Aku memaafkan Kesalahanmu itu”. Kalau kita lihat situasi seperti tu, sudah semestinya perbalahan akan berlaku kerana 2 individu yang terlibat itu akan berpukulan sesama sendiri. Tuhan Yesus mengajarkan “Berikan pipimu yang lain” tetapi bukan “Pukullah mereka yang menampar pipimu”. Aku tidak pernah berfikir untuk menjauhkan diriku daripada teman temanku kerana aku tahu yang aku perlukan mereka pada bila bila masa sahaja. Tuhan tidak pernah membiarkan Anak-anakNya berasa kesunyian tanpa ada teman. Sungguhpun bukan daripada denominasi yang sama tetapi Tuhan tidak pernah memandang Orang kerana Kasih Itu Buta bagi Allah. Aku,Kita dan temanKu itu semuanya adalah datang dari satu Kawanan yang mempunyai satu Gembala yang Kekal iaitu Yesus Kristus.

Di dalam setiap kesedihan yang aku alami itu ternyata ada satu sukacita yang sungguh besar. Masalah yang sukar di selesaikan oleh manusia ialah “masalah tentang kasih”. Aku masih ingat lagi sewaktu kecil aku pernah di marahi dan di maki oleh Ibu teman jiranKu sendiri hanya kerana aku berbuat salah terhadap anaknya. Aku menangis dan aku berada di samping 2 orang kakakku sambil di tenangkan oleh Mereka. Hampir setiap hari kejadian itu berulang kali namun aku tidak mampu berbuat apa apa. Aku hanya mampu menangis. Ketika aku beranjak dewasa, kejadian itu tidak pernah berlaku lagi dan aku heran, aku tidak mendendami mereka sedikitpun! Mengapa? Aku tidak tahu. Pada saat aku mengenal Tuhan Yesus,aku mula belajar mengenai Kasih. Bagaimana seseorang itu Mati untuk semua Orang? Dan Mengapa perkara itu harus terjadi? Dan mengapa pula kita di pilih untuk menjadi Anak-anakNya? Ini semuanya tentang KASIH… Banyak Orang yang tidak mengenali Tuhan Yesus dan tidak percaya kepadanya tetapi kita tidak di ajar untuk membenci sedikitpun! Ini kerana apa..? Ini semua tentang Kasih..

Manusia sering memandang orang terutamanya dalam mencari teman teman mahupun pasangan bercinta. Secara jujur aku katakan, aku sebahagian daripada mereka dan kita semuanya sebahagian daripada mereka yang mencintai atas dasar rupa paras dan warna kulit. Pernah suatu ketika salah seorang dari temanku mengatakan “kalau di beri peluang, aku hanya mau seseorang gadis yang cantik berkulit putih dan berambut lurus.” Aku nanya sama dia “Mengapa kamu tidak mau yang sebaliknya?” Temanku berkata “Bukan seperti apa yang aku mahu”. Aku juga kadangkala berfikiran sedemikian dan aku takut kerana mungkin sekali pilihanku itu salah dan tidak tepat untuk diriku. Jarang sekali manusia membandingkan kasih Tuhan dengan kasih Manusia. Bagaimana pula jika Tuhan Yesus mengatakan “Aku hanya menyelamatkan mereka yang berkulit putih dan mereka yang berkulit Hitam akan Aku lontar ke lautan api!” Dahsyat bukan? Tuhan Yesus datang bukan untuk membezakan manusia tetapi memanggil manusia untuk sama seperti Dia. Mengapa Tuhan Yesus mau menyamakan DiriNya dengan Diri Kita? Ini semuanya Tentang Kasih! Kerana Manusia Mencintai mengikut Kehendak dan Rupa, maka banyak di antara Kita yang Jatuh serta Lari dari cara yang betul.

Kita amat sukar untuk mengasihi dan perbuatan mengasihi adalah satu perbuatan yang amat menyakitkan sekali. Kamu mengasihi seseorang yang selalu menghina kamu, kita mengasihi seseorang yang menyangkal kepercayaan kita, Aku mengasihi seseorang yang membenci diriku dan Yesus Mengasihi kita tanpa batas! Hidup semuanya tentang kasih yang tidak pernah terungkap baik secara lahiriah dan pemikiran. Tuhan menetapkan perintah untuk “saling mengasihi” sebagai ‘Hukum Terutama’ kerana itulah satu perkara yang paling sukar manusia seperti kita perbuat. Bukan mudah untuk mencintai seseorang yang kita tidak kenal. Bukan mudah kita mencintai seseorang yang membunuh kedua orang tua kita. Bukan mudah kita mencintai seseorang yang membinasakan hidup kita. Bukan mudah kita memaafkan seseorang yang membakar tempat tinggal kita TETAPI Tuhan Yesus dengan penuh rasa kasih dan mudah mengatakan “Aku mengampuni dosamu itu dan jangan bimbang kerana Aku menyertai kamu”.

Shallom dan Salam damai.

“Life is not to be perfect at all but life has to be wonderful to live”
Mackley George
Dikirim Tgl 19 27 Feb 2007 oleh Tony

  Register agar anda dapat ikut mengirimkan komentar anda